Ramai pelajar yang sedang mengambil master atau PhD kerap melakukan kesilapan yang membuatkan diri tidak mampu untuk maju. Mungkin kesilapan ini pula tidak ada sesiapa yang menegur. Tidak kira sama ada ia kesilapan yang mungkin anda tidak perasan atau kesilapan yang anda akui namun anda tetap abaikan. Jika tiga kesilapan ini memang betul anda sedang alami, sila ubah tau!

 

TIDAK SERASI DENGAN KEADAAN SEKELILING

Pertama sekali anda kena kenal pasti siapakah orang yang ada di sekeliling anda. Bukanlah ia bermaksud orang ada di tempat kita belajar semata-mata. Tapi juga dengan siapa yang kita berkawan dan juga berapa erat hubungan kita dengan penyelia. Untuk habiskan tesis ia bukan sekadar tentang menulis tesis, tetapi ia juga bergantung pada keserasian kita dengan orang sekeliling, khususnya dengan penyelia. Oleh itu, pastikan keserasian terjalin antara anda dengan penyelia anda secepat mungkin. Jadilah seperti Supervisee Daripada Syurga, seperti yang ditulis di dalam ebook ketiga Proofreaders United.

 

TIDAK PENYABAR

Sudah semestinya sebagai seorang pelajar pascasiswazah, impian untuk habis belajar adalah impian semuanya, tetapi ramai yang tidak sabar. Sebagai contoh, mungkin penyelia anda memberikan panduan dalam satu topik, tapi anda ambil langkah mudah dengan melangkau sesetengah tajuk kerana mahu ambil isi yang anda mahu sahaja. Walhal tindakan ini salah. Biar lambat asalkan anda melalui proses pembelajaran dengan betul. Contohnya, dalam bersolat dan berwuduk, ada rukunnya. Perlu diikut satu per satu untuk sah ibadahnya. Samalah seperti sambung belajar.

 

AMBIL RINGAN KEPENTINGAN KEJAYAAN KECIL

Jangan remehkan sekecil-kecil kejayaan kerana ia boleh menjadi anak tangga kepada kejayaan yang berikutnya. Dunia penyelidikan memerlukan pelajar pascasiswazah untuk mengikuti langkah-langkah tertentu, kecil dan besar, untuk mendapatkan hasil yang bermutu. Biarlah sekecil manapun langkah itu, biarlah sekecil manapun kejayaannya, raikannya. Kerana itulah langkah dan kejayaan yang akan membawa kepada langkahan terakhir, iaitu kejayaan yang terbesar di pentas konvokesyen.

 

Jika anda rasa perkara di atas dah pun berlaku, cepatlah ambil tindakan untuk berubah. Dan ingatlah rujukan terbaik anda dalam menyambung pengajian pascasiswazah anda tidak lain dan tidak bukan ialah penyelia anda sendiri. Kalau boleh jadikan mereka sebagai kawan anda.

Lebih banyak tip pascasiswazah di Telegram Tulis Tesis. Sertai t.me/tulistesis