Semangat sangat penting dalam kehidupan kerana ia memberikan dorongan untuk kita terus berusaha mencapai impian. Apabila kita kekal bersemangat, ia membantu kita dalam melakukan apa-apa sahaja. Namun, semangat boleh hilang begitu sahaja jika tiada usaha untuk memeliharanya. Lebih parah adalah apabila sukar untuk mendapatkan semula rasa semangat apabila ia telah hilang. Tiga tip ini diharap dapat membantu anda untuk kembali bersemangat khususnya ketika hendak menulis tesis.

BAYANGKAN IMPIAN SELEPAS ANDA SUDAH LULUS VIVA
Ramai orang yang sambung PhD mempunyai sebab dan alasan yang tersendiri kenapa mereka mahu menempuh cabaran akademik ini. Anda juga yang sedang membaca mungkin ada alasan sendiri kenapa hendak sambung belajar. Mahu tidak mahu, penulisan tesis ialah perkara yang perlu anda tempuhi. Jadi, apabila anda rasa tidak bersemangat, ingat semula BIG WHY anda hendak sambung belajar, dan tetapkan impian yang kuat tentang apa yang mungkin berlaku apabila anda sudah berjaya dalam viva.

TULIS IMPIAN
Kebiasaannya manusia mudah leka. Memang itu lumrah yang tidak dapat dielakkan. Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan komitmen yang perlu diuruskan sehingga semangat untuk menulis tesis itu hilang. Jadi, untuk elak daripada hal itu berlaku, tuliskan impian anda di atas kertas dan tampal ia di tempat yang anda selalu pandang. Contohnya di sudut atau ruangan meja kerja anda. Langkah mudah ini supaya anda selalu diingatkan dan akan membuatkan anda rasa bersemangat untuk terus berusaha.


PAKSA DIRI
“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya” (Surah Ar-Rad:11). Kita boleh minta pendapat daripada sesiapa pun, malah kita boleh berjumpa dengan kaunselor untuk meningkatkan semangat. Tetapi jika kita sendiri tidak ada keinginan, kita tidak akan dapat hasilnya. Wujudkan keinginan yang jelas, kemudian atur usaha untuk capai keinginan itu. Selepas itu? Berusahalah.

Teruskan bersemangat dan berusaha walaupun lelah. Kerana hasilnya nanti pasti akan datang selepas anda berusaha. Juga, berdoalah kepada Tuhan supaya anda sentiasa dilindungi daripada perasaan malas.

Lebih banyak tip pascasiswazah di Telegram Tulis Tesis. Sertai t.me/tulistesis