Ramai orang ada idea menulis, tapi belum ada seni dalam menulis tesis. Walaupun anda mempunyai kefahaman asas dalam menulis, tidak semestinya anda pandai menulis tesis kerana penulisan tesis ini mempunyai seninya yang tersendiri.

Seni dalam menulis ada banyak cabangnya. Tiga tip berikut boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda pelajari seni dalam penulisan tesis. Mulakan dengan tiga tip ini dahulu, dan teruskan konsisten untuk menguasainya

 

FIRST IMPRESSION
“First Impression” sangat penting dalam seni menulis tesis. Perkara pertama yang anda boleh buat adalah dengan mewujudkan faktor WOW di bahagian tajuk untuk menarik minat penilai. Jangan jadikan tajuk tesis anda lebih kurang seperti tajuk tesis orang lain. Jika anda gagal untuk memberikan “first impression” yang WOW, kemungkinan ia akan membuat penilai tidak berminat untuk membaca apatah lagi memberikan markah yang tinggi. Cuba krafkan dan drafkan tajuk tesis anda supaya ia jadi unik dan berkesan untuk menarik minat dan perhatian penilai.

 

MESEJ MESTI JELAS
Selalu ingat bahawa penulisan tesis mestilah berbentuk “academic writing”. Untuk menyampaikan mesej dengan jelas tentang “problem statement” yang anda tulis, ia mestilah dengan cara “story telling”. Ingat, fact tells, story sells. Cuba kumpulkan semua fakta dalam penulisan kemudian jadikan ia dalam penceritaan, namun digayakan dengan kerangka penulisan akademik.

 

KENAL PASTI DAN KENALI PENILAI
Jangan tulis tesis secara semberono kerana tesis ditulis bukan untuk anda, tapi untuk penilai menguji kefahaman anda tentang topik yang anda kaji. Oleh itu, seboleh mungkin anda perlu kenal siapa penilai yang bakal melihat tesis anda kerana anda dan dia mungkin mempelajari bidang yang berbeza. Jika ada sebarang istilah yang boleh mengelirukan disebabkan oleh perbezaan bidang dan konteks, ceritakan dengan lebih detail bagi memberikan penerangan yang sejelas-jelasnya

Lebih banyak tip pascasiswazah di Telegram Tulis Tesis. Sertai t.me/tulistesis