Mewujudkan matlamat yang jelas adalah penting untuk pelajar pascasiswazah—bukan sahaja untuk mencapai kecemerlangan akademik, tetapi juga untuk kejayaan diri pelajar itu sendiri secara amnya. Namun, matlamat yang tidak jelas boleh mengakibatkan kekeliruan dan boleh memesongkan fokus daripada matlamat yang ingin dicapai. Kita kini berada pada garisan permulaan tahun baru dan ini merupakan masa yang paling sesuai untuk menetapkan matlamat. Berikut merupakan langkah untuk menetapkan matlamat untuk berjaya dalam pengajian PhD.
.
MATLAMAT YANG JELAS
.
Sesuatu matlamat mempunyai peluang yang lebih besar untuk dicapai jika ia jelas mengikuti masa. Jika hala tuju pelajar tidak jelas, ia boleh disalah tafsir dan mudah dilangkau. Sebagai pelajar pascasiswazah, kita harus mempunyai matlamat yang khusus dalam jangka masa pendek dan panjang. Matlamat jangka masa pendek adalah cebisan-cebisan kecil yang perlu dicapai untuk matlamat jangka masa panjang. $$$$$$ Apabila pelajar mempunyai matlamat jangka masa panjang, mereka seharusnya pecahkan kepada beberapa bahagian kecil untuk memudahkan matlamat tersebut dicapai. Kewujudan matlamat yang jelas akan memastikan pelajar berada jalan yang lurus dan mengeluarkan tenaga serta masa mereka dengan lebih berkesan.
.
MATLAMAT YANG REALISTIK
.
Tidak salah untuk menyasarkan impian pergi ke bulan tetapi adakah kita mempunyai roket yang cukup canggih untuk sampai ke destinasi? Jadi sebagai pelajar lebih penting untuk mereka mewujudkan matlamat yang mampu untuk di capai oleh mereka. Matlamat yang begitu besar boleh risikokan pelajar untuk gagal dan sengsara. Perkara yang boleh melemahkan motivasi pelajar adalah apabila mereka tidak dapat mencapai matlamat mereka. Untuk menjadikan sesebuah matlamat itu realistik, pelajar harus mempunyai objektif yang mereka sanggup dan mampu usahakanya. Dengan itu, untuk penetapan matlamat yang paling berkesan, pastikan pelajar merancang langkah dengan bijak dan mewujudkan rangka masa yang realistik untuk membolehkan pelajar melaksanakan langkah tersebut.
.
KONSISTEN
.
Dalam mencapai sesebuah matlamat perkara yang paling sukar untuk kekalkan adalah konsistensi. Apabila pelajar mempunyai matlamat mereka harus sentiasa berada haluan yang telah dirancang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan. Hasil usaha pelajar tidak semestinya seperti di rancang pada mulanya tetapi ini bukan alasan untuk pelajar melupakan matlamat mereka. Setiap kegagalan harus dijadikan pedoman untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. Pelajar harus mengambil masa seketika untuk menilai perkembangan dan kemajuan sepanjang perjalanan untuk lebih konsisten dalam mencapai matlamat diri.

“Cipta matlamat pada hari ini untuk hari esok”

Ikuti Telegram Tulis Tesis di t.me/tulistesis untuk lebih banyak tip menarik.