Perasaan tidak bermotivasi untuk seketika bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi pelajar pascasiswazah. Malangnya, ramai pelajar pascasiswazah masih lagi memandang enteng terhadap perkara ini sedangkan, tidak kira dalam menulis tesis, mengutip data atau melakukan penyelidikan, pelajar pascasiswazah ini memerlukan motivasi yang tinggi untuk membuahkan hasil yang berkualiti. Oleh itu, pada hari ini kami ingin menerangkan cara-cara untuk kekal bermotivasi semasa melakukan penyelidikan.
.
MENDAPATKAN NASIHAT
.
Cara yang paling mudah untuk memotivasikan diri adalah dengan mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak, tidak kira daripada penyelia, senior, mahupun rakan seperjuangan. Dapatkan pandangan mereka dan tip untuk mengecapi kejayaan. Perkongsian daripada mereka ketika belajar dalam boleh dijadikan sumber dan panduan untuk membakar semangat. Momen bahagia mereka mampu menjadi suntikan motivasi untuk pelajar pascasiswazah terus berjuang dalam menyelesaikan penyelidikan yang sedang dilakukan. Pelajar juga boleh mendapatkan kata-kata semangat dan perkongsian pengalaman graduasi serta tip yang berguna di page Facebook kami iaitu Proofreaders United.
.
TO-DO LIST
.
Kepelbagaian tugasan harian dan kekurangan masa pelajar pascasiswazah menyebabkan mereka ditenggelami oleh lautan kesibukan. Masalah ini boleh diselesaikan dengan mempunyai to-do list untuk menyusun keutamaan dalam menyelesaikan tugas serta menjadi faktor bagi memotivasikan diri anda. To-do list merupakan satu senarai yang mencatatkan matlamat kecil yang perlu dicapai pada setiap hari. Setiap tugasan yang telah diselesaikan perlu dipotong bagi menandakan ia telah diselesaikan. Perkara ini dapat mempengaruhi dan merangsang minda anda untuk terus menyelesaikan tugasan yang lain kerana senarai yang masih tergendala semakin sedikit. Namun begitu, pelajar harus memastikan setiap senarai yang dirancang perlulah rasional dan mampu dicapai.
.
GANJARAN BUAT DIRI SENDIRI
.
Setelah menyelesaikan tugasan di dalam to-do-list, para pelajar pascasiswazah perlu mengambil peluang untuk memberikan ganjaran kepada diri sendiri. Ganjaran yang diberikan pula tidak perlu ganjaran yang terlalu mewah. Contohnya, sekiranya anda berjaya menyelesaikan 3 tugasan yang anda rancang pada hari ini, anda boleh memberikan ganjaran kepada diri anda dengan menonton siri rancangan kegemaran anda di Netflix pada tempoh tertentu sahaja. Sekecil-kecil ganjaran mampu menjadi faktor penolak yang besar pada diri untuk menyelesaikan tugasan tanpa melengah-lengahkan masa. Tanpa kita sedari, ganjaran yang diberikan dapat membantu kita terus menjadi pelajar yang bermotivasi.

.
“Jika kamu mencari satu orang yang akan memotivasikan hidupmu, lihatlah siapa yang di dalam cermin.”
.
Ikuti Telegram Tulis Tesis di t.me/tulistesis untuk lebih banyak tip menarik.