.

Apabila bercerita tentang pengalaman menyambung PhD, tidak lekang daripada mulut pelajar PhD tentang tekanan dan keresahan yang mereka alami. Perjalanan mendapatkan PhD itu amat sukar terutama dari segi mental. Setiap pelajar pasti berasa tekanan yang tinggi dan sering mengalami keresahan berpanjangan semasa melakukan penyelidikan.
.
Namun, masalah ini tidak perlu menjadi alasan untuk tidak berusaha dalam mendapatkan PhD. Hal ini kerana pelajar PhD perlu bijak menguruskan tekanan yang dihadapi. Jadi bagaimana mereka yang berjaya ini, mengendalikan STRES?
.
MEMBIASAKAN DIRI DENGAN STRES
.
Langkah pertama untuk menguruskan tekanan ialah menukarkan tekanan menjadi dorongan. Mustahil sebagai seorang manusia untuk mengelak sebarang tekanan dalam kehidupan mereka. Sebagai pelajar PhD, mereka harus fleksible dan menggunakan tekanan sebagai daya penolak untuk menjayakan sesebuah penyelidikan. Apabila seseorang itu berjaya mengubah pandangan negatif kepada positif, mereka akan lebih bersedia dan tenang dalam menghadapi setiap cabaran dan tekanan.
.
BERANI BERKATA TIDAK
.
Katakan tidak kepada tugas dan aktiviti yang tidak sesuai dengan matlamat akademik dan peribadi diri. Hal ini bermaksud pelajar harus memberikan keutamaan kepada diri sendiri dan penyelidikan mereka. Untuk menyempurnakan keutamaan tersebut, pelajar harus mempunyai rancangan yang baik untuk memastikan produktiviti dalam menulis tesis. Dengan sifat ini, mereka akan berada pada landasan yang betul mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh diri mereka sendiri.
.
BEREHAT
.
Penyelidikan dan pengajian memang penting, tetapi menjaga diri perlu diberikan lebih keutamaan. Sebagai seorang manusia biasa, sudah pasti akan ada suatu tahap yang menjadi titik had atau limitasi diri. Sekiranya anda penat, rehatlah. Sekiranya anda perlukan ruang dan masa, carilah ruang dan masa tersebut untuk mengambil satu langkah ke belakang bagi mencapai 10 langkah ke hadapan. Kemudian, kembali dengan semangat yang baharu dan luar biasa untuk menyelesaikan penyelidikan anda.
.
“Kepada para penyelidik, ambillah masa untuk bernafas.”
.
Ikuti Telegram Tulis Tesis di t.me/tulistesis untuk lebih banyak tip menarik!