Bukan semua orang sanggup untuk tergila-gilakan sesuatu perkara sehingga sanggup menitiskan air mata, tidak tidur malam, jauh daripada keluarga dan menghabiskan duit semata-mata untuk menulis sebuah tesis. Tapi kenapa masih ramai pelajar PhD sanggup menghadapi kesukaran ini?
.
KESERONOKAN DALAM MENDALAMI ILMU
.
Ramai pelajar PhD meneruskan pengajian kerana mereka cinta akan sesebuah bidang ilmu dan sanggup bergelut untuk menerokai bidang tersebut. Boleh dikatakan aneh bagi sesetengah individu untuk merasai keseronokan dalam meluangkan masa mereka untuk mengkaji dan membaca beribu-ribu buku, artikel dan jurnal. Tetapi, bagi pelajar PhD, mereka sanggup melakukan semua itu untuk kepuasan diri mereka.
.
MENGUJI MENTAL
.
Menyambung PhD bukan hanya perlu menghadapi masalah daripada luar, tetapi mereka juga perlu bertarung dengan diri sendiri. Kesihatan mental pelajar PhD sentiasa diuji sepanjang menulis tesis. Tetapi mereka sentiasa mengingatkan diri mereka tentang BIG WHY mengapa mereka mula dan terus untuk mengharungi cabaran PhD.
.
KEWANGAN
.
Bukan semua pelajar PhD bernasib baik memiliki sumber kewangan yang kukuh untuk meneruskan penyelidikan sehingga terpaksa menggunakan wang saku sendiri untuk menghabiskan penyelidikan mereka. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan terutama dari segi kewangan, pelajar PhD sentiasa lapar untuk mencapai satu tahap pengetahuan yang tinggi tentang sesebuah topik. Hal ini kerana mereka percaya bahawa setiap kajian yang diterbitkan akan menjadi sumbangan terhadap bidang ilmu dan mampu menjadi rujukan kepada generasi masa akan datang.
.
“Gila bukan sebarang gila. Tetapi gila yang lapar untuk mencapai matlamat”
.
Ikuti Telegram Tulis Tesis di t.me/tulistesis untuk lebih banyak tip pascasiswazah yang menarik.
Leave A Comment