Bagaimana untuk menghasilkan penulisan artikel jurnal yang berkualiti dan apakah panduan yang boleh diikuti? Dari pelbagai aspek, artikel jurnal secara umumnya mengandungi kandungan yang jelas dan padat.
.
BERPEGANG TEGUH PADA ISI UTAMA
.
Artikel jurnal berpegang kepada kekuatan isi utama. Kekuatannya adalah pada artikel yang mempunyai ciri-ciri seperti bukti yang kukuh, ulasan yang munasabah dan kata kunci yang kuat berpegang pada konteks kandungan.
.
MEMBUAT KERANGKA
.
Struktur kerangka yang jelas dapat membimbing penulisan artikel jurnal menjadi lancar dan mudah. Pada umumnya, struktur dalam artikel jurnal adalah seperti tajuk, abstrak, pendahuluan, metodologi, dapatan kajian, perbincangan, kesimpulan atau cadangan, penutup dan rujukan.
.
JANGAN TAKUT UNTUK MENERANGKAN ISI UTAMA
.
Keyakinan itu akar tunjang dalam menerangkan isi utama dalam penulisan artikel jurnal. Yakin bahawa anda telah menerangkan metodologi dan pendekatan dengan baik supaya ia mudah difahami dan diterima.
.
KEJELASAN IALAH KUNCI UTAMA
.
Penulisan anda perlu jelas dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Menggunakan istilah yang rumit membuatkan pembaca kurang memberikan perhatian dan sukar menerima konteks dan isi yang ingin disampaikan.
.
RUJUKAN TERKINI DAN RELEVAN
.
Pastikan rujukan anda adalah daripada sumber yang terkini dan relavan. Sekiranya sumber diambil daripada petikan yang lama, anda seharusnya menjelaskan tahun dan sebab mengapa anda memilih sumber petikan tersebut.
.
Setiap penulisan ada cabarannya, namun setiap cabaran pasti ada jalannya. Pastikan setiap penulisan itu jelas dan masih berada pada landasan yang betul. Langkah ini mampu menghasilkan artikel jurnal yang lebih berkualiti.
.
Ikuti Telegram Tulis Tesis di t.me/tulistesis untuk lebih banyak tip menarik untuk kecemerlangan pascasiswazah.