Pengalaman pertama sebagai pensyarah baharu amat mencabar. Tambahan jika tiada pengalaman dan tiada pengetahuan tentang asam garam dalam pengajian. Apa nasihat pensyarah yang lebih berpengalaman kepada pensyarah baharu yang baru menceburi dalam bidang pendidikan?
.
JUJUR DAN AMANAH
.
Dalam setiap perkara yang kita lakukan perlu ada sifat jujur dan amanah. Sebagai pensyarah perlu jujur dalam memberikan tunjuk ajar dengan memberikan penyampaian yang mudah difahami.
.
TERBUKA DENGAN TEGURAN
.
Dalam bidang pendidikan, ada dalam kalangan mereka lebih arif dan lebih berpengalaman. Oleh itu, sentiasa bersikap terbuka untuk menerima teguran daripada mereka.
.
ELAK SIFAT NEGATIF
.
Sifat negatif seperti mana yang perlu dielakkan ialah ego, sombong dan sering mengeluh. Sifat negatif ini menyukarkan untuk bekerjasama menyelesaikan masalah dengan pelajar mahupun rakan sekerja.
.
TEPATI MASA
.
Tepati masa dan janji. Masa itu sangat berharga bagi semua orang, masa juga menunjukkan sikap seseorang itu menghargai masa. Tidak menangguh dan melengahkan masa. Pastikan datang lebih awal dan bersiap sedia sebelum pelajar.
.
BEKERJA SAMBIL BELAJAR
.
Ilmu itu luas dari pelbagai sudut. Ketika bekerja juga banyak ilmu yang boleh diperoleh. Setiap satu pengalaman ialah gerbang mencerap ilmu kehidupan. Ia dapat memperbaik dan menambah pengetahuan dan kemahiran.
.
Pengalaman pertama itu agak sukar dan perlukan kesabaran yang tinggi. Bersikap lebih terbuka untuk menerima segala keadaan dengan tenang. Jadilah diri sendiri tanpa ada sifat negatif. Ia mampu membawa kemanisan dan kejayaan.
.
Ikuti Telegram Tulis Tesis di t.me/tulistesis untuk lebih banyak tip menarik untuk kecemerlangan akademik untuk pensyarah.