Suami perlu memainkan peranan yang besar kepada isteri ketika mereka dalam tempoh pengajian PhD.
.
Pelbagai cara yang boleh dibuat bagi membantu isteri memudahkan dan mengurangkan komitmen mereka. Suami boleh menjadi pembantu yang berkebolehan dalam semua aspek, contohnya sebagai pembantu kerja-kerja makmal mahupun memandu isteri.
.
Membantu isteri sebagai pemandu, memudahkan pergerakan mereka. Malah, keselamatan mereka juga lebih terjamin.
.
Begitu juga membantu dari segi aspek sebagai pembantu makmal. Adakalanya, isteri akan menghabiskan masa mereka dalam makmal untuk ujikaji mereka. Daripada orang lain yang tidak kenali menemani isteri dan membuatkan keadaan yang tidak selesa apatah lagi membuka ruang fitnah, suami perlu luangkan sedikit masa untuk membantu isteri.
.
Sekiranya, membantu sebagai pembantu makmal dan pemandu itu diluar kemampuan suami, pilihlah peneman yang sesuai untuk isteri bagi menjaga keselamatannya.
.
Selain itu, suami juga boleh memainkan peranan dengan lebih memahami keadaan isteri. Berikan mereka ruang yang secukupnya ketika mereka sibuk dalam pembelajaran mereka. Bertolak ansur itu penting dalam menjaga keharmonian sesebuah keluarga.
.
Sekiranya isteri dilihat mengalami kesukaran dalam pembelajaran mereka, suami perlulah membantu tidak kira dari segi sokongan teknikal mahupun bantuan moral. Keadaan yang buntu atau tekanan yang dialami dapat diringankan.
.
Seorang pelajar PhD, seorang ibu juga seorang isteri—tanggungjawab mereka bukan mudah. Oleh sebab itulah kefahaman dan kehadiran suami diperlukan. Menjadi seorang pendengar sahaja mencukupi untuk meringankan beban isteri.
.
Alangkah gembiranya isteri apabila suami sentiasa bersedia membantu dan mengucapkan kata-kata semangat.
.
Ikuti Telegram Tulis Tesis di t.me/tulistesis untuk lebih banyak tip menarik untuk kecemerlangan pascasiswazah.