Kredit gambar: https://www.theladders.com/career-advice/everything-you-need-to-know-about-a-proper-hand-shake

 

Bagi menjayakan pengajian pascasiswazah, penyelia berperanan penting bagi membantu dan memantau aliran dan kemajuan kerja pelajar seliannya. Namun begitu, amat merisaukan jika penyelia berlepas tangan dalam hal ini.

 

Malang sekali jika ia berlaku disebabkan oleh pelajar itu sendiri tersalah pilih penyelia. Perkara seperti ini mampu menjejaskan pengajian pelajar pascasiswazah dari segi jangka masa dan kualiti tesis yang akan dihasilkan.

 

Antara masalah utama yang sering dialami oleh pelajar pascasiswazah adalah apabila mereka tidak kenal akan penyelia mereka.

 

Ada juga sesetengah pelajar pascasiswazah yang sekadar tangkap muat tanpa tahu latar belakang, bidang, dan kelayakan penyelia mereka. Kesannya, apabila pengajian berlangsung, barulah sedar masalah itu yang berakar umbi sebelum pengajian bermula lagi.

 

Masalah ini mampu melambatkan malah menyekat kemajuan pelajar pascasiswazah dalam pengajian. Yuran setiap pula masih perlu dibayar, tetapi kemajuan pengajian tak jalan-jalan.

 

Ini adalah antara rintihan yang sering kita dengar daripada pelajar pascasiswazah. Mereka mengadu bahawa mereka tersalah pilih penyelia, lalu mengambil keputusan untuk menukar penyelia mereka ketika berada dalam pertengahan pengajian.

 

Oleh itu, pelajar pascasiswazah sangat perlu mengambil berat tentang siapa yang lebih tepat dan berpengalaman untuk menjadi penyelia mereka.

 

Langkah ini perlu dibuat jauh lebih awal sebelum memulakan pengajian lagi! Ebuku yang akan dihasilkan oleh Proofreaders United akan menyenaraikan kaedah mudah dan pantas bagi melakukan proses penting ini.

 

Ingat! Pilih penyelia betul-betul.

 

Tip penting pascasiswazah di t.me/tulistesis