Ramai yang hampir give up dlm perjuangan PhD. Saya kongsikan kisah saya disini. Semoga menjadi panduan bersama.
Setiap kali konvo, mak dan abah saya akan hadir meraikan saya. Cuma konvo terakhir (pengajian PhD), mereka tidak dapat bersama dek kerana faktor usia dan kesihatan.
.
.
Dulu, saya melangkah ke alam pengajian PhD kerana nak bergelar sebagai seorang Dr, dan dengan itu akan menambah nilai ‘darjat’ saya selain enhance kerjaya saya. Walau telah publish banyak paper dan jurnal, saya kena major corrrection semasa viva. Panjang ceritanya bab viva ni. Insiden ini buat saya terpukul.
Semasa proses correction, saya hampir give up dan menyerah. Sehinggalah satu hari saya terfikir, adakah betul niat saya nak dapat gelaran Dr ni. Bila direnung Hadis berkenaan setiap amal perbuatan dinilai berdasarkan niatnya, lalu saya tersedar barangkali Allah tak izinkan sebab Dia sayangkan saya. Dia tak mahu saya jadi seorang yang sombong dan angkuh bila telah bergelar Dr.
.
.
Seperkara lagi, bila difikir, kalau saya give up pun, gaji tetap sama. Suatu masa saya renungkan semula, ada kawan-kawan yang dah dapat PhD tetapi tidak dapat menghadiahkan kejayaan itu kepada kedua ibu bapa mereka kerana ibu bapa mereka telah tiada lagi didunia ini. Sedangkan saya masih punya ibu bapa disisi, cuma keadaan semakin uzur.
.
.
Saya juga mula terfikir pelajar2 saya peringkat pra-siswazah yang bakal graduate, yang akan menjadikan saya sebagai rujukan dalam resume mereka. Kalau nama saya ada Dr didepan, tentu ia akan menambah nilai resume mereka. Begitu juga saya dapat menambah nilai pelajar2 master dibawah seliaan saya. Saya tukar mindset, saya nak dapat PhD bukan utk diri saya, tetapi untuk menambah nilai pelajar2 dan orang2 disekitar saya. Buang rasa bangga diri kerana ilmu ini adalah cahaya dan ilham milik Allah SWT. Kita tak punya apa2.
.
.
Berbekal semangat ini, saya teruskan juga langkah perjuangan dan berdoa semoga Allah izinkan saya berjaya menyiapkan tesis PhD sebagai hadiah istimewa dari seorang anak kepada kedua ibu bapanya. Juga hadiah istimewa kepada pelajar2 dibawah seliaan saya ketika itu.
.
.
Alhamdulillah, bagai ditiup satu semangat yang entah dari mana datangnya dengan ilham yang mencurah- curah, seolah dibimbing menjawab setiap persoalan yang examiner bangkitkan. Allah permudahkan niat saya untuk siapkan tesis PhD.
.
.
Selepas konvo dan semasa cuti sekolah, saya pulang ke kampung bersama Jubah Konvo PhD untuk saya pakaikan kepada mak dan abah saya. Alhamdulillah, saat dan ketika yang dinanti akhirnya diizinkan Allah. Pada saya, kejayaan ini khas untuk mereka berdua. Semangat dan doa mereka lah yang mengiringi titik peluh dan air mata semasa melalui peritnya menyiapkan tesis.
.
.
Kesimpulan kisah ini, kembali menilai semula niat kita nak dapat PhD untuk apa. Tiada orang lain yang boleh beri jawapan yang tuntas untuk anda. Anda sahaja yang tahu jawapannya. Apapun niat dan sebabnya, kembalilah kepada Allah. Hidup kita milik Nya.
.
.
Oleh Dr. Imran Mohd Ibrahim
Ikuti perjalanan PhD beliau secara lanjut menerusi sesi perkongsian khas beliau di:
Assalamualaikum dan salam sejahtera DR Imran. Pengalaman DR sungguh menarik dan boleh memberi semangat kepada para pelajar yang lain. Teruskan usaha anda.
DR MOHD HELMI