.
Perkara-perkara asas untuk mulakan kerja penyelidikan PhD
.
.
1. Buat “milestone pengajian”; baik untuk planning, monitoring, progress achievement
2. Cari 4-5 tesis yang baik sebagai rujukan, sebab pelajar akan tulis tesis juga. Bagi biasa dengan cara penulisan tesis, hadamkan isikandungan dalam tesis, ambil, gali, korek ilmu dalam tesis-tesis berkenaan, mudahkan kerja penyelidikan pelajar
3. Wujudkan komuniti penyelidikan sesama pelajar, buat PhD tidak boleh berseorangan, untuk tujuan alert, motivation, knowledge sharing
4. Libatkan secara aktif dalam channel social media seperti fb DSG, SLR etc, untuk perbincangan, dapatkan maklumat etc
5. Wujudkan workstation untuk kerja penyelidikan awal, preliminary study, mencari isu, permasalahan, jurang ilmu, dan objektif
6. Menghadiri bengkel-bengkel penyelidikan-PhD, sebanyak yg boleh untuk mantapkan ilmu penyelidikan, metodologi, penulisan, komunikasi, logik, analisis dan interpretasi data
7. Beli beberapa buku penyelidikan yang mudah difahami dan pelajar tidak ada “masalah” membacanya.
8. Hubungi pakar bidang, mungkin dari industri/komuniti/agensi kerajaan untuk berikan idea serta sumbangan ilmu seperti sumber informasi kepada pelajar
9. Nekadkan dan percaya diri sendiri, untuk tamatkan pengajian. Think positive, dan perlu tanamkan mentaliti bahawa “PhD bukanlah susah”, sebab dah ramai yang berjaya dapatkannya.
10. Mulakan semua kerja dengan nama Allah, jangan lupa. Segala perkara Allah yang tentukan. Berusaha dengan “bersungguh-sungguh”, berdoa dan bertakwakkal. Jangan lupa bersedekah. Ulang sekali lagi, jangan lupa bersedekah. Kita bagi sedikit dengan seikhlas hati, InsyaAllah, Allah akan beri balik dengan ganjaran yang kita tidak pernah terfikir. Percayalah.
.
.
Semoga dipermudahkanNya
Ameen.