cr: owner

Lemah English? Boleh ke sambung phd? Semoga coretan perjalanan phd saya, boleh memberi motivasi kepada anda.
——–
Alhamdulillah. Dengan izinNya, saya lulus viva with minor correction pada 16 Feb 2021 yang lalu. “Your thesis is well-written” adalah antara komen examiners saya. Subhanallah.. masih tak percaya rasanya. Dalam masa 3 tahun, saya berjaya menulis 8 journals dan mendapat 2 anugerah “Best Paper Award”.
.
Apa yang ingin saya kongsikan adalah bagaimana Allah mengatur perjalanan phd saya dan kelemahan diri bukan penghalang untuk berjaya.
.
‘Hadiah’ dari Allah
Teringat saya sewaktu daftar phd, saya tak letak nama sv sebab saya tak ambil berat pun mengenai peranan sv dalam pengajian saya. Sehari selepas saya submit form daftar tersebut, saya terima panggilan dari universiti. Sv saya (waktu tu beliau adalah co-ordinator program) call dan offer dirinya untuk jadi supervisor saya. Saya start google dan cari maklumat mengenai sv saya. Saya jadi semakin takut sebab saya dapati sv saya ni dari degree sampai phd dia belajar oversea, dah la saya ni lemah English. Habis lah saya….Namun, itu lah ‘hadiah’ awal dari Allah untuk saya. Seorang pembimbing yang sangat baik, Masya Allah… Peranan sv adalah sangat penting dan menjadi faktor utama kejayaan saya.
.
.
Selain mendapat sv yang hebat, Allah ‘hadiah’ kan juga kepada saya seorang rakan seperjuangan, Masya Allah. Sahabat saya adalah seorang yang sangat rajin belajar dan very independent. Dia sepatutnya daftar phd setahun lebih awal dari saya. Tapi, disebabkan masalah kesihatan, dia masuk universiti satu batch dengan saya. Sepanjang pengajian saya, saya banyak belajar daripada dia, tak pernah lokek untuk share ilmu.
.
.
Saya lemah English dan bagaimana Allah ‘suntik’ semangat saya untuk menulis
English adalah cabaran utama saya dalam phd. Saya bukan pelajar yang pandai dan saya sangat lemah dalam English. Result English saya waktu SPM hanya C6 (syukur juga lulus dan tak gagal). Maka…. saya jadi takut. Saya tak yakin saya boleh menulis journal dan thesis dalam English.
.
.
Tahun pertama saya… tahun yang paling saya ‘merana’. Saya tak pandai baca journal dan saya tak faham apa journal tu tulis, sebab semua in english. Saya rasa terlalu sukar untuk saya teruskan. Saya selalu demam dan sakit tekak. Saya tatau sebenarnya itu tanda saya sangat stress. Saya sangat down. Saya selalu menangis sendirian. Namun, sv saya pesan “Liza, read with your soul”. Beliau juga bagi tips menulis “Liza, baca dan tiru cara journal tu tulis”. Saya mula belajar membaca journal, Google translate dan dictionary online wajib saya buka sebelum start baca journal untuk pastikan saya benar-benar faham setiap ayat journal tu tulis. Saya juga mula belajar menulis dengan meniru gaya penulisan journal. Conceptual model adalah journal pertama saya tulis. Masya Allah…Allah sangat baik… sungguh saya tak sangka, paper pertama saya mendapat anugerah ‘best paper award’. Anugerah ini benar-benar menyuntik semangat saya.. untuk terus menulis.
.
.
Allah ‘paksa’ saya tulis dan terus menulis
Selepas paper pertama saya publish dan saya lulus Proposal Defence, pada tahun kedua, sv saya minta saya sediakan proposal untuk mohon geran FRGS. Walaupun saya gagal mendapat geran FRGS, namun, tanpa saya duga, universiti offer geran untuk research saya dan saya perlu publish atleast 2 paper dalam tempoh 1 tahun. Ketika ini lah.. Allah ‘paksa’ saya untuk menulis. Menulis memang mencabar… tidak dinafikan. Susahnya nak menulis…. memang susah. Tapi, tips dia “tiru cara journal tu tulis” dan practice, practice, practice tanpa henti. Teringat susahnya saya menulis.. sebab waktu tu baby saya berumur 1 tahun dan masih menyusu badan sepenuhnya. Saya menulis sambil baring dengan mengiringkan badan saya untuk menyusukan baby. Menulis sambil menangis sebab susahnya nak menulis waktu tu. Subhanallah… Namun, pada tahun kedua saya berjaya tulis 4 papers dan mendapat anugerah ‘best paper award’ untuk kali ke-2. Masya Allah…
.
.
Allah ‘bukti’kan janjiNya
“kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” (Surah Al-Insyirah, ayat 5-6). Itu lah janji Allah.
.
.
Akhir perjalanan phd saya, saya mendapat examiners yang baik hati dan sesi viva saya berjalan lancar secara online. Soalan yang examiner kemukakan adalah soalan yang pernah ditanya oleh sv saya. Spot questions yang telah saya sediakan script jawapannya juga keluar. MasyaAllah.. sungguh Allah permudahkan viva saya.
———
Apa yang dapat saya simpulkan adalah…. kelemahan diri bukan penghalang untuk berjaya. Sentiasa bersangka baik pada Allah dan Dialah Yang Maha Mengatur. Sentiasa berdoa padaNya dan jangan putus asa. Insya Allah, anda pasti berjaya!
.
Oleh: Dr. Liza Sidek