“Supervisor (SV) saya sudah proofread tesis saya. Saya nak acknowledgement letter daripada Proofreaders
United je untuk buktikan tesis itu sudah diproofread”
.
Artikel ini mengulas siapa perlu berikan acknowledgement letter itu, kenapa ia penting, dan apa komitmen Proofreaders United dalam konteks berkenaan.
.
Alangkah bagusnya apabila SV ada masa nak proofread tesis pelajarnya. Cumanya, kita perlu sahkan sama ada aktiviti yang dibuat oleh SV kita itu, sama ada dia proofread atau dia semak content? Apakah yang dimaksudkan SV kita “proofread” tesis kita?
.
Kita perlu tahu untuk membezakan antara semakan content dan semakan bahasa. Semakan content bukan semakan bahasa; dan semakan bahasa pula bukan semakan content. Walaupun kedua-duanya boleh dibuat sekali gus dan serentak, biasanya hasilnya tidak akan sebaik sekiranya kedua-dua proses semakan tersebut dibuat secara berasingan oleh dua orang yang berlainan.
.
Tak kisahlah apa-apa sahaja istilah yang digunakan untuk merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh SV kita, memandangkan SV kita yang “proofread” tesis kita, dialah yang sepatutnya mengeluarkan acknowledgment letter tersebut. Hal ini tiada kaitannya dengan acknowledgement letter daripada Proofreaders United.
.
Jika klien ini mendapatkan acknowledgement letter daripada Proofreaders United, mereka perlulah menggunakan khidmat freelancer Proofreaders United. Freelancer kami mempunyai kawalan dan pemantauan kualiti yang ketat dan berterusan. Belum tentu lagi apabila kualiti kerja seseorang freelancer itu bagus, selama-lamanya dia akan konsisten bagus. Berdasarkan pengalaman kami, kualiti kerja boleh terjejas apabila freelancer ambil banyak sangat tugasan sehingga dia sendiri tak terkawal. Oleh sebab itulah kami mengawal bilangan tugasan yang diberikan kepada freelancer dan kemudian memantau kualitinya pula.
.
Itulah sebabnya kami tidak secara semberono mengeluarkan acknowledgement letter tanpa kami kenali siapakah yang melakukan tugasan proofreading tersebut. Jika ada klien yang memerlukan acknowledgement letter, mereka perlu bertindak secara profesional. Jika SV mereka yang proofread tesis itu, SV merekalah yang selayaknya mengeluarkan acknowledgement letter itu. Nanti SV tersebut akan bertanggungjawab sekiranya ada isu kualiti dibangkitkan di kemudian hari.
.
Di Proofreaders United pula, jika tesis itu diproofread oleh freelancer kami, dengan berbesar hatinya kami akan keluarkan acknowledgement letter itu. Jika ada sebarang hal berbangkit, kami akan bertanggungjawab dan menjawab bagi pihak freelancer kami. Ini komitmen kami di Proofreaders United. Insya-Allahu ta’ala…
.
Mahu dapatkan khidmat proofreading untuk tesis anda? Mulakannya di http://bit.ly/PRunited atau WhatsApp kami di http://bit.ly/PUhelpme.