
My Story – PERSEVERANCE
Sesi Viva Voce saya berlangsung secara online selama 1 jam 30 minit dengan tambahan 10 minit masa yang diambil oleh Examiners membuat perbincangan sebelum keputusan diumumkan. Alhamdulillah, saya telah diberikan kelangsungan dan dipermudahkan dalam sesi tersebut dan Viva Voce saya telah lulus dengan MINOR CORRECTION. Super joy of life. I even don’t know how to react when the chairperson announce the verdict!
Saya rumuskan soalan atau perbincangan sepanjang viva tersebut terarah kepada tiga;
Jadi keseluruhannya, even there were up and down here and there, jujur saya katanya pengalaman PhD ini tetap sesuatu yang amat menarik bagi saya. Banyak momen yang menarik daripada yang tidak menarik. I’m gonna miss it for sure. Ini juga adalah satu permulaan untuk tanggungjawab yang lebih besar sebagai seorang penyelidik terlatih.
Dari awal PhD, antara soalan yang sering diajukan kepada saya – Kenapa atau untuk apa saya ambil PhD? Jawap saya ringkas – PhD is my self-satisfaction. Jawapan itu sebenarnya didorong oleh pengalaman awal saya sebelum PhD.
This is a piece of story from an ordinary person who always wanted to be extraordinary.
Saya datang dari sebuah keluarga yang serba sederhana jauh di pendalaman. Pendidikan saya juga serba sederhana dari zaman sekolah rendah sehinggalah ke peringkat tinggi. Saya bersekolah rendah di pendalaman, di peringkat menengah saya pernah bersekolah pondok dan bersekolah agama sebelum ke peringkat IPT. Namun, kesederhanaan itu tidak pernah menundukkan keinginan dan semangat saya untuk maju ke hadapan, setanding dengan orang lain terutamanya dalam mengejar impian saya dalam bidang akademik.
Saya pernah gagal dalam belajar dan kegagalan itu menjadi lebih terkesan kerana ia berlaku ketika pertama kali saya menjejakkan kaki ke universiti. 3 tahun lebih saya belajar pada peringkat diploma tetapi berakhir tanpa kejayaan. Saya fikir saya perlu berhenti atau bekerja, ataupun memulakan semula pengajian dalam bidang lain dan di institusi pengajian yang lain. Saya malu dan takut untuk berhadapan dengan keluarga dan juga rakan-rakan.
Pada usia 34 tahun setelah kembali bekerja, saya telah menyambung pengajian Master (Mix-Mode) dengan pembiayaan sendiri secara part-time. Ketika itu, situasi amat bercabar dengan bebanan kerja, tuntutan kewangan dan kekangan masa bersama keluarga kerana kelas diadakan pada setiap hujung minggu. Walaupun saya pernah terfikir untuk berhenti, namun setelah 3 tahun kekal bertahan dan akhirnya saya berjaya juga menghabiskan pengajian. Setahun selepas itu, saya telah ditawarkan biasiswa yang tidak pernah saya mimpikan untuk menjalankan kajian di peringkat PhD secara sepenuh masa.
And now, here I am! It’s all about PERSEVERANCE.
Dengan ketahanan dan ketabahan untuk kekal bersemangat dan berjuang, saya yakin rakan-rakan yang sedang berusaha akan sampai pada tahap ini. Antara yang selalu saya buat – Saya selalu bayangkan momen saya menulis hantaran ini semasa melaksanakan kerja PhD saya untuk terus mengekalkan momentum. Motivasi seperti itu amat penting untuk terus bergerak.
p.s: PhD saya adalah kajian pembangunan model pengukuran kompetensi dengan menggunakan analisis Rasch Measurement Model melalui pendekatan mix-method. Saya juga menggunakan kaedah Systematic Literature Review (SLR). Mahir dalammenguruskan format MSWord untuk tesis dan juga aplikasi Mendeley. Sedia membantu.
Dr Azran Ahmad will be our speaker for this week’s FB Live Sharing Session! He’ll be sharing tips on preparing for Viva so don’t miss out!
Register for FREE and ask him questions through the link below:
https://forms.gle/WrFHfQUhXjdz7Sdk6
[UPDATED] Link to the sharing session:
https://youtu.be/1KNWZ2DNMtE
Leave A Comment