[Photo: A winner of Outstanding Reviewer in Emerald Literati Awards 2019]

Selesainya Sebuah Perjalanan PhD.
Kebiasaannya, kita merasakan segalanya telah sempurna.
Tamat. Selesai.
Complete!
Tetapi tidak bagi saya.
Tamatnya perjalanan PhD, bererti BERMULANYA SEBUAH EPISOD SEBENAR.
Selesai graduasi, satu soalan paling berat pasti akan terjawab.
Bagaimanakah jawapannya, entahlah.
Jawapan untuk soalan apa?

Relevankah diri kita berbekalkan segulung ijazah kedoktoran dalam dunia kerjaya?
Di manakah nilai sebenar ijazah kedoktoran kita ini? Allahu. Segalanya penuh tanda tanya.
Perasaannya berkali ganda lebih gugup jika dibandingkan dengan emosi ketika viva voce.
Tetapi jawapan bagi soalan ini adalah sangat subjektif.
Tiada betul dan tiada salah.
Tiada skema jawapan yang tepat.
Dan segalanya bersebab.
Segalanya pasti ada hikmah.
Segalanya pasti indah.
Sehari selepas majlis konvokesyen, saya menerima phone interview daripada bakal SV.
Alhamdulillah, sebulan kemudian saya ditawarkan jawatan penyelidik pasca-doktoral.
Mampukah saya?
Optimis!

Alhamdulillah, dalam beberapa tahun pertama selepas tamat pengajian PhD, saya direzkikan dengan jawatan penyelidik pasca-doktoral di beberapa universiti tempatan secara kontrak. Jawatan ini benar-benar menguji potensi & kredibiliti diri sebagai Dr Emee. Mampukah tanggungjawab ini dipikul? Allahu. Pada saya, ianya tidak mudah. Corak kerja seakan sama. Namun budaya kerja, ahli pasukan, cara pemikiran, matlamat, dinamik gerakkerja serta momentum diri mesti diolah semula bersesuaian dengan keperluannya.
Dalam situasi saya, saya perlu RESET & RESTART.

Kerana kesemua skop penyelidikan yang ditawarkan langsung tidak sama dengan skop semasa pengajian saya sebelum ini.
[Daripada bidang metallurgy semasa pengajian Sarjana & PhD, saya;
i. beralih ke bidang corrosion (*bidang ini adalah impian saya sejak Ijazah Sarjana, tapi tiada rezki pada ketika itu. Rupanya, ALLAH tangguhkan seketika impian saya ini semasa pengajian, lalu direzkikan untuk saya dalam keadaan yang lebih indah. MashaALLAH) & microelectronic,
ii. seterusnya ke bidang polymer-nanocomposite (nanocellusose based composite for military application),
iii. seterusnya ke bidang biology (graphene based biosensor for stress level monitoring),
iv. seterusnya ke bidang energy (supercapacitance),
v. patah balik ke bidang microelektronic packaging.
Dan sekarang saya berkhidmat dalam bidang R&D mineral.
*Sehingga saat ini, saya masih sedang berusaha menimba ilmu & pengalaman.
Sejujurnya, R&D bagi projek ii, iv & v bukan minat saya. Langsung tidak minat [Al-Baqarah: 216].
Tetapi saya terima semuanya kerana inilah satu-satunya peluang untuk saya tambah ilmu & pengalaman dalam skop berbeza. KPI nya tidak mudah tetapi tidaklah mustahil dengan keizinan NYA. Dan di sinilah segalanya teruji.
Mental, emosi & professionalism. Inilah juga masanya untuk kita mengenal & terus menggilap potensi diri.
Sangat mencabar untuk seorang insan kecil bernama Emee Marina Salleh. Namun Alhamdulillah, segalanya indah. Kerana ALLAH Sebaik-baik Penolong.

🌸
Hasbunallah Wani’mal Wakeel 🌸
Sedikit ilmu & pengalaman daripada perjalanan PhD mesti diaplikasikan dengan efektif & efisien. Ilmu & pengalaman yang minimum itu mesti digunapakai secara maksimum agar membuahkan output & outcome yang optimum. Justeru, pelajarilah sebanyak mungkin ilmu ketika pengajian agar dapat dimanfaatkan kelak.

Relevankah segulung PhD kita dalam membangunkan kerjaya?

Hanya kita yang tahu jawapannya. Manfaatkan segalanya ke jalan bakti. Jalan baktinya luas, bukan sekadar bersempadankan jawatan tinggi. Kita tahu apa yang kita mahu, ALLAH pasti bantu sampai kita mampu. Biiznillah.
Sejujurnya, saya sangat kagum dengan pemegang-pemegang Ijazah PhD yang hebat membangunkan kerjaya sendiri.
Dunia sekarang benar-benar menguji.

Saya doakan kita semua berjaya dengan kejayaan masing-masing.

Semoga kita saling mendoakan & menguatkan antara satu sama lain.
Allahu yuftah alaykum semua.
Perjalanan kita tidak akan pernah sama.
Dan yakinlah, walau apa jua situasinya, ALLAH sedang membahagiakan kita dengan cara yang berbeza.
Teruskan melangkah,
Because we are unstoppable.
Salam Sayang penuh Hormat,

Emee MS🌷