.

Setiap orang di dunia ini terkesan dan terjejas akibat pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia. Tidak kurang terjejas ialah pelajar-pelajar PhD yang sedang menuntut di universiti masing-masing. Baru-baru ini, ada seorang pelajar PhD telah meluahkan perasaannya tentang realiti yang beliau hadapi sebagai seorang pelajar PhD. Beliau menulis di Whatsapp status beliau tentang pengalaman menyiapkan PhD ketika PKP ini dan beliau turut menzahirkan harapan berkenaan realiti tersebut.

.

Bacalah penulisan beliau ini:

.

“Kita ada keutamaan dalam kehidupan. Hidup masing-masing, jalani dengan kebahagiaan pada ukuran keutamaan masing-masing. Jika ada ketakpadanan pada keutamaan dalam pertembungan di persimpangan kehidupan, bertolak-ansurlah. Apalah lagi pada zaman yang semakin banyak ketidaktentuan ini.

.

Dunia sudah sedia ada banyak ketidaktentuan. Dengan adanya pandemik Covid-19, lagilah bertambah-tambah ketidaktentuan yang ada. Hari ini sekolah buka, esok lusa sekolah tutup. Hari ini makmal buka, esok lusa tiba-tiba tutup. Padahal banyak rancangan dah dibuat. Sebelum aku sambung PhD, persiapan sudah aku buat untuk mengurangkan komitmen supaya boleh fokus pada PhD. Staf aku tambah. BNI aku tamatkan keahlian. Tapi manalah aku tahu ada pandemik ini pula. Sekolah tutup, anak-anak ada di rumah, makmal pun tutup. Of course, PhD aku tergendal.

.

Dalam tergendala-tergendala itu, adalah juga sedikit kemajuan aku buat. Sempatlah present dekat satu conference. Ada book chapter diterima untuk diterbitkan. Juga, beberapa kelas online aku hadiri. Bukannya aku tak buat apa-apa langsung. Buat, cuma slow dan ada kekangan dalam jangka dan luarjangka dari masa ke masa.

.

Insya Allah… Aku yakin PhD aku akan habis juga. PKP 2.0 ini pun entah bila akan berhenti. Tak payah nak sembang pengalaman orang yang tak pernah buat PhD masa ada PKP ini.

.

Pensyarah bergaji dah beribu-ribu. Yang sambung PhD ini, entah makan atau tidak. Cubalah tanya. Simpati sedikit.

.

Kita tak nak dalam menghasilkan pemegang PhD, kita sebenarnya menghasilkan lebih banyak pesakit mental. Mental weh… Kalau tidak dibantu dengan sokongan moral yang kuat daripada orang sekeliling.

.

Untung student PhD itu masih nak sambung pengajiannya instead of dia quit study. Beri sokongan moral. Jangan desak sangat dia. Tanya khabar dahulu. Baru tanya progress. Barulah nampak prihatin di situ.

.

Aku tak kisah pun siapa yang baca Whatsapp status ini. Ramai yang selalu balas Whatsapp status aku ini ialah pensyarah universiti dan pelajar PhD. Terima kasih kerana baca. Apatah lagi balas. Bukan semuanya yang aku tulis ini pasal diri aku. Tapi aku bercakap berdasarkan pemerhatian. Maklumlah, bekas wakil pelajar, kan…. Huhu…”

.

Luahan pelajar PhD ini turut mendapat pelbagai respons daripada kenalan-kenalan beliau. Mereka telah menyampaikan rasa keprihatinan serta terhadap pelajar PhD tersebut. Ada yang berkongsi doa, ada yang turut memberikan kata-kata semangat. Jom ikuti antara respons yang pelajar PhD tersebut terima:

.

Kami di Proofreaders United berharap perkongsian ini dapat membantu menenangkan pelajar-pelajar PhD yang lain kerana anda tidak berseorangan dalam menempuh realiti ini. Tidak kurang juga, kami mendoakan supaya semua pelajar terutamanya pelajar-pelajar PhD akan terus bersemangat dan kuat dapat menempuh dugaan-dugaan dalam masa yang sangat mencabar ini. Insya-Allah.