
Tesis ini ada kisahnya tersendiri untuk jadi complete seketui macam ni.
Nak dapat seketui siap macam ni bertahun-tahun lamanya dok mengadap dan proses yang macam-macam dilalui.
Kronologinya tragis sekali dengan pelbagai kisah suka duka..
Mac – Julai 2014: Siapkan proposal dan submit kepada fakulti sebagai syarat untuk mohon belajar peringkat PhD.
Julai 2014: Present proposal di fakulti untuk berjaya diterima sebagai pelajar Phd.
September 2014: Daftar sebagai pelajar PhD. Siapkan proposal.
Julai 2015: Defence proposal
Disember 2015: Redefence (Tukar tajuk tesis)
Januari 2016 – Disember 2019: Fokus tulis tesis tajuk baru. Temubual 28 responden. Menerbitkan 42 penulisan.
Disember 2019: Siap 1st draft. Submit kepada 3 penyelia untuk semakan.
Februari 2020: Penyelia return pada saya selepas semakan
Mac 2020: Buat pembetulan seperti yang dicadangkan. Hantar pada Proofreader yang bertauliah untuk semakan Bahasa dan susunan ayat dengan kos RM5,400++.. Selesai Proofreader semak, return pada saya.. buat pembetulan lagi..
Hujung April 2020: Submit pada fakulti untuk VIVA
3 September 2020:VIVA. Diberi 6 bulan untuk buat pembetulan berdasarkan komen2 daripada 3 examiners.2 universiti local dan 1 oversea.
8 Disember 2020: Siap pembetulan lebih awal dari tempoh yang diberi. Submit pembetulan pada fakulti dan tesis disemak semula oleh examiner dalaman. Approved by examiner.
11 Disember 2020: Submit pada IPSIS untuk semakan format.Alhamdulillah sikit ja kena perbetul sebab dari awal tulis tesis memang ikut format UiTM berdasarkan template Dr Zuli.
15 Disember 2020: Buat pembetulan format dan submit semula ke IPSIS
18 Disember 2020: Yay.. Approved..Diberikan kebenaran untuk submit FINAL TESIS. Terus submit yang FINAL dan tunggu surat senat.
5 Januari 2021: Senat approved my Thesis.
12 Januari 2021: Surat diterima officially I am Dr. Rohayati Hussin, Doctor of Philosophy (Law)..
19 Januari 2021 siap print satu copy je dulu untuk dipos ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, UiTM..
Bukan senang nak senang..Alhamdulillah syukur..Semuanya berlaku dengan Izin dan Rahmat Kasih Sayang Allah.
TAMAT sudah kisah perjalanan PhDku…
Ikuti bagaimana beliau membahagikan masa antara PhD, bisnes dan pekerjaan hakiki beliau sebagai seorang pensyarah di sesi FB Live pada hari Isnin, 25 Januari 2021 pada pukul 9PM di Facebook group Tulis Tesis.
[UPDATED] Tonton perkongsian beliau di sini:

Leave A Comment