.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan semula. Apakah yang pelajar pascasiswazah perlu buat sekarang?

.

PKP diumumkan semula di beberapa buah negeri di Malaysia. Ada banyak universiti di dalam negeri-negeri yang terlibat dengan PKP yang diumumkan tersebut. Oleh itu, pelajar-pelajar pascasiswazah yang sedang menuntut pengajian sarjana dan PhD di negeri-negeri tersebut berkemungkinan untuk turut terjejas dari sudut perkembangan pengajian mereka.

.

Hal ini khususnya bagi mereka yang perlu ada akses kepada perpustakaan, makmal, dan perjumpaan bersemuka bersama pensyarah, penyelia, responden dan macam-macam lagi pihak yang terlibat dalam penyelidikan masing-masing.

.

Namun begitu, ada juga pelajar pasca siswazah yang mungkin tidak terjejas dengan perkembangan terbaru dalam negara ini. Berikut disenaraikan langkah proaktif yang perlu pelajar pascasiswazah lakukan sekarang untuk memastikan pengajian pascasiswazah mereka tidak terjejas teruk disebabkan oleh PKP yang kembali dikuatkuasakan:

.

SATU

.

Lihat semula Gantt chart anda. Teliti sama ada tahap pengajian anda sekarang akan terjejas sedikit, tidak terjejas, atau terjejas teruk disebabkan oleh PKP yang dikuatkuasakan semula. Sekiranya anda terjejas teruk, anda perlu segera berhubung dengan penyelia anda dan berbincang semula tentang apakah yang perlu anda lakukan untuk memastikan pengajian anda tidak turut terjejas disebabkan oleh perkembangan terkini ini.

.

Sekiranya anda tidak terjejas, ada baiknya juga anda hubungi penyelia anda dan menberitahu apakah perancangan yang anda ada walaupun berlaku perkembangan terkini ini di dalam negara. Bagi anda yang sedikit terjejas, anda juga perlu hubungi penyelia anda dan beritahu perancangan yang anda ingin lakukan, sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu sepanjang tempoh PKP ini.

.

Yang paling penting adalah, anda teruskan berhubung dengan penyelia anda. Jangan biarkan penyelia anda tertanya-tanya dengan status dan perkembangan pengajian anda walhal seluruh negara akan terjejas dengan perkembangan terkini ini. Untuk memudahkan anda, Proofreaders United ada menyediakan template untuk anda hubungi penyelia anda segera. Klik sini.

.

DUA

.

Persiapkan mental anda untuk perubahan yang anda akan lalui dalam tempoh 2 minggu akan datang. Sebagai pelajar pascasiswazah, anda perlu kuat dari segi mental untuk menghadapai sebarang perubahan yang berlaku di sekeliling anda. Dengan kekuatan mental yang ada, walau apa pun perkara yang berlaku, ia tidak terlalu menjejaskan diri anda dan juga perjalanan pengajian anda.

.

Mulakan dengan kekuatan mental. Kemudian, lakukan persiapan yang lain-lainnya seperti persiapan dari segi fizikal dan persiapan dari segi hubungan bersama dengan orang sekeliling anda yang turut terlibat dan terjejas dengan PKP yang akan dikuatkuasakan semula pada Rabu ini. Dengan persiapan yang anda lakukan, ia membolehkan pengajian anda masih berterusan, walaupun terdapat perubahan yang signifikan ini. Ini bukan kali pertama anda melalui PKP. Anda pasti boleh lakukannya!

.

TIGA

.

Teruskan berdoa dan mainkan peranan masing-masing di peringkat individu untuk sama-sama menentang perebakan wabak COVID-19 kini. Kita semua perlu berusaha untuk memastikan PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan ini akan membuahkan hasilnya. Dengan harapan, pada akhirnya kita akan kembali dapat menikmati suasana yang paling optimum untuk membolehkan kita akan tamat pengajian dengan jayanya.

.

Ikut segala SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan juga ingatkan ahli keluarga dan rakan-rakan untuk mereka turut sama berganding bahu bersama dengan kita untuk sama-sama mengekang penularan wabak ini.

.

We are sailing in the same ocean but on different boats. Do our part in whatever boats we are in now. Hopefully, finally, we will reach our serenity island where we can leave together like before the COVID-19 outbreak. Let’s do this together.

.

Image from NST.