Assalamualaikum. Usually I write in English…tetapi untuk post ini saya ingin menulis dalam BM sebab ianya berkaitan dengan Malaysia.
And maafkan saya sebab saya tidak beberapa mahir dalam penulisan BM.
.
Saya terpanggil untuk menulis post ini kerana amat kecewa dengan segelintir pensyarah dan juga pelajar PhD dan Master warga Malaysia kerana terdesak dengan ‘desakan’ penerbitan dan akhirnya membuat pilihan tidak “akademik” dengan menerbitkan di dalam jurnal yang tidak sepatutnya.
.
Janganlah kita merendahkan diri kita sendiri (dari segi kualiti artikel dan juga professionalism) dengan mengambil jalan mudah, senang dan cepat untuk menerbitkan artikel di dalam jurnal berbayar, ‘predatory’ yang mana wasitnya (review) amat cepat sekali atau tidak ada langsung!
.
Kesannya amat besar – ke atas diri kita, terutamanya mereka yang ingin berkecimpung di dalam bidang akademik. Ini adalah kesarjanaan dan bukan perkara yang remeh temeh. Dan kesannya adalah bila kita ingin memohon jawatan.
.
Seperti di USM, polisinya adalah untuk tidak mengiktiraf sebarang jenis penulisan yang mempunyai ciri-ciri yang saya sebutkan di atas, walaupun di indeks di dalam SCOPUS atau WoS. Selalunya WoS amat peka dan teliti tetapi pengindeksan di SCOPUS agak longgar.
.
Sudah ada konspirasi dan komplot oleh ahli akademik yang memanipulasikan penilaian berwasit artikel dan jurnal untuk kepentingan diri sendiri. Walaupun tidak dikesan sekarang, tetapi lambat laun sudah pasti dikesan sebab dunia Internet memudahkan sesuatu perkara dikesan dan diketengahkan.
.
Ada banyak contoh di dalam internet seperti, “One publisher, more than 7000 retractions” oleh [Alison McCook, Retraction Watch](https://www.sciencemag.org/author/alison-mccook-retraction-watch). Sudah pasti anda tidak ingin nama anda disiarkan begitu.
.
Satu lagi impak adalah kenaikan pangkat di kemudian hari dimana ramai yang publish didalam jurnal predatory ini dan tidak layak dinaikan pangkat. Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan juga KPM mempunyai blacklisted jurnal yang tidak diiktiraf (walaupun senarai itu tidak diupdate langsung untuk sekian lama!)
.
Kadang2 ada jurnal menipu dan kita tertipu. Mudah percaya – asalkan SCOPUS, kita berlumba2 untuk menerbitkan di dalam jurnal tersebut. Nilai dan buat kajian terperinci berkenaan jurnal tersebut. Contohnya, jurnal “PalArch’s Journal of Archaeology of Egypt/Egyptology” di mana saya melihat ramai rakyat Malaysia, Indonesia, Vietnam yang menerbitkan didalam jurnal tersebut untuk tahun 2020 dan 2021. Padahal, kalau kita lihat judul jurnal tersebut kita sudah tahu ianya berkaitan dengan kajian Arkeologi Mesir.
.
Setahu saya tak de pula mana2 universiti di Malaysia yang ada jabatan untuk kajianpurba Mesir. Yang paling hampir ialah Arkeologi di USM. Itu pun fokusnya adalah tamadun Melayu Lama dan apa2 yang berkaitan di Malaysia, khasnya.
.
Yang peliknya, ada artikel tentang ekonomi, pendidikan, medikal yang kajiannya berpusat di Malaysia. Ini sangat-sangat mengecewakan saya sebagai ahli akademik di Malaysia. Apakah ini sahaja kah kualiti ahli akademik Malaysia??
.
Ada banyak jurnal lagi yang tidak berkualiti dan bersifat predatory di mana ramai ahli akademik Malaysia dah terbit. THIS IS WRONG. Mana integriti kita? Mana kewibaan kita? Mana professionalism kita? MANA?
.
Saya sudah pun membuat laporan kepada SCOPUS terhadap journal PalArch’s Journal of Archaeology of Egypt/Egyptology kerana dari segi etika penerbitan, jurnal tersebut membuat suatu tindakan yang salah dan boleh dikeluarkan dari SCOPUS (lihat laporan saya).
Ada banyak jurnal yang berwibawa di Malaysia, ASEAN, ASIA dan antarabangsa, terutamanya yang diterbitkan oleh ELSEVIER, BLACKWELL, TAYLOR & FRANCIS, WILLEY, dan juga oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara. Pilihlah jurnal international. Memang susah, but ikut perpatah melayu, belakang parang diasah lagikan tajam.
.
Prof. Muhammad Kamarul Kabilan
Thanks for sharing Prof. Kamarul. Tapi, masih ramai yg terbit dlm jurnal berbayar yg bersifat predatory, dan ramai yg muda-muda sudah dinaikkan pangkat menjadi profesor dan profesor madya sebab dianggap sudah ada umph apabila mempunyao banyak penerbitan!! Kat sebuah Universiti yg menghasilkan guru. Urusan kenaikan pangkat di universiti tersebut adalah hampir setiap bulan dengan adanya temu duga utk prof madya dan prof.
Serupa juga keadaannya di salah sebuah universiti di utara tanahair.