Image credit to the original owner.

1. Pertama sekali keupayaan pelajar itu sendiri. Memiliki ilmu writing dan analisa yang mantap sebelum pengajian PhD.

.
2. Memiliki sv yang memberi kepercayaan kepada pelajar dari segi penulisan yang dihasilkan. Sv bertindak sebagai cosmetic surgery…mencantekkan lagi idea pelajar dan memastikan penulisan pelajar dibuat dengan susunan isu /idea kemas dan teliti disamping memastikan proses analisa yg dilakukan adalah tepat.

.
3. Attitude pelajar yang tahu mengutamakan apa yang utama. Pelajar yang bekerja sambil belajar (dan seorang pensyarah) sebagai contoh sepatutnya perlu memberi lebih perhatian kepada penulisan dan tidak terlalu menyibukkan diri dengan pentadbiran akademik dan lain lain.
.

4. Pemilihan universiti yang tepat. Sekiranya pelajar ingin mendapatkan GOT, baiklah mengikuti pengajian PhD secara research. Jadi masa yang ada dapat dijimatkan. Tak perlu ambil peperiksaan dan sebagainya.
.

5. Pelajar perlu aktif dalam menghadiri pelbagai bengkel bengkel penulisan or analisa…berguru dengan lebih ramai expert etc
.

6. Pelajar perlu cuba menulis dan publish dengan lebih kerap sejak awal semester. Selain itu penglibatan pelajar dalam pertandingan inovasi, penyertaan sebagai pembentang persidangan dalam dan luar negara dan lain lain amat digalakkan supaya pelajar dapat pendedahan yg lebih banyak.
.

7. Hubungan pelajar sv mestilah proaktif. Penubuhan whatsap group antara pelajar dan sv amat penting dan menjadi tanggungjawab pelajar untuk memastikan group whatsap itu sentiasa aktif dengan perbualan…update progress terkini…penulisan..sembang sembang berinformatif dan lain lain.
.

8. Pelajar sendiri perlu memiliki azam yang kuat…menyasarkan diri untuk menyiapkan pengajian dalam tempoh masa yg ditetapkan.
.

9. Jangan malu untuk berkolaborasi dengan penulis penulis yg berpengalaman. Mohon keizinan dari SV supaya penulis ini boleh menjadi co author bersama dalam penulisan yg dilakukan.
.

10. Pastikan mempunyai gantt chart, milestone..apa yg dirancang every semester…supaya pelajar tidak tersasar jauh dari pelan pengajian.
.

Dr Abdul Rahim Ridzuan
UiTM Melaka